Halaman

Khamis, 29 Ogos 2013


 Al Fatihah buat ayahanda Ustazah Sabariah Binti Syawal yang selamat disemadikan pada 
Hari Selasa
 ( 27 Ogos 2013). 
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Salam takziah dari pihak sekolah SRAB MUAR...Kami mendoakan agar ustazah dan keluarga tabah menghadapinya....

AMALAN YANG MENGHASILKAN PAHALA TAK PUTUS-PUTUS

Amal jariyah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia. Amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya.

Hadis tentang amal jariyah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(HR. Muslim).

Selasa, 27 Ogos 2013

Majlis Sambutan Hari Raya 2013

24 Ogos, 2013 - SRAB MUAR

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 peringkat sekolah telah diadakan dengan  meriahnya pada hari ini bermula jam 10.45 pagi hingga 1.00 tgh. Majlis sambutan dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Tn. Guru Besar . 



Sebelum  itu, semua murid menjamu selera dengan  juadah hari raya seperti ketupat dan rendang.  Majlis diserikan lagi dengan pertandingan Marhaban bagi tahap 2 dan pertandingan nyanyian Hari Raya untuk tahap 1.


Sehubungan dengan itu, Tn. Guru Besar mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga sekolah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari raya pada tahun ini. Insyallah panjang umur, berjumpa lagi di tahun hadapan.



Wajah-wajah Ceria Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2013