SR AGAMA BERSEPADU MUAR
( SRAB MUAR ) JALAN SG ABONG, 84000 MUAR JOHOR
Sabtu, 19 Oktober 2013
Khamis, 29 Ogos 2013
Al Fatihah buat ayahanda Ustazah Sabariah Binti Syawal yang selamat disemadikan pada
Hari Selasa
( 27 Ogos 2013).
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Salam takziah dari pihak sekolah SRAB MUAR...Kami mendoakan agar ustazah dan keluarga tabah menghadapinya....
AMALAN YANG MENGHASILKAN PAHALA TAK PUTUS-PUTUS
Amal jariyah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia. Amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya.
Hadis tentang amal jariyah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(HR. Muslim).
Selasa, 27 Ogos 2013
Majlis Sambutan Hari Raya 2013
24 Ogos, 2013 - SRAB MUAR
Sebelum itu, semua murid menjamu selera dengan juadah hari raya seperti ketupat dan rendang. Majlis diserikan lagi dengan pertandingan Marhaban bagi tahap 2 dan pertandingan nyanyian Hari Raya untuk tahap 1.
Sehubungan dengan itu, Tn. Guru Besar mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga sekolah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari raya pada tahun ini. Insyallah panjang umur, berjumpa lagi di tahun hadapan.
Wajah-wajah Ceria Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2013
Rabu, 10 Julai 2013
Rabu, 26 Jun 2013
Hari Terbuka Sekolah
Hari terbuka sekolah.
Para ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan para guru bagi membincangkan masalah pelajaran anak-anak mereka.
Ibu bapa juga berkesempatan menandatangani buka rekod kemajuan anak masing-masing.
Si Cilik yang baru belajar berniaga.....
Para ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan para guru bagi membincangkan masalah pelajaran anak-anak mereka.
Ibu bapa juga berkesempatan menandatangani buka rekod kemajuan anak masing-masing.
Para penjaga Tahun Enam juga telah duduk bersama para guru membincangkan perancangan yang menjurus kepada kecemerlangan UPSR.
ALAMAT SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU MUAR
JALAN SUNGAI ABONG
84000 MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM
NO TELEFON 06-9546040
Selasa, 29 September 2009
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Biasa kita mendengar bahawa “Guru ini ibarat pelita yang menerangi kehidupan seorang manusia”. Ya ada benarnya, kerana tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Muallim, ustaz, Cikgu,teacher, sifu dan master, semua gelaran ini merujuk kepada satu jasad yang sama yakni bernama Guru. Definisi guru bagi saya adalah sesuatu atau seseorang yang membantu dan mendidik individu dalam membawa mereka dari kegelapan kearah cahaya, dari kebatilan kepada kebijaksanaan, dan dari penderitaan kepada kebahagiaan.
Guru bukan hanya menumpukan kepada satu jasad yakni mereka yang pernah mengajar kita ketika kita di alam kanak-kanak atau remaja dulu, guru juga adalah mereka yang telah mengenalkan kita akan hakikat kehidupan ini.
Namun begitu, bukanlah kita menafikan kewujudan guru di sekolah dan universiti iaitu sosok-sosok tubuh yang tabah, sabar dan kuat dalam memberikan didikan dan bantuan untuk menjadikan manusia ini insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pengorbanan mereka inilah yang menjadikan kita sosok tubuh yang hebat di mata dunia.
Langgan:
Catatan (Atom)